Pelajar Guru

Pelajar Guru

Monday, 25 August 2014

BAB 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

1.1 PENGERTIAN BUDI

  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002 (m/s 180) : Budi didefinisikan sebagai tingkah laku, perangai, akhlak, dan watak yang baik.
  • Budi merupakan perbuatan yang baik kepada orang lain yang berada dalam kesusahan dengan hati yang ikhlas dan dengan penuh kerelaan serta berdedikasi.
  • Perkataan budi itu membawa pelbagai maksud iaitu jasa dan sumbangan dari segi tenaga atau material yang diberikan kepada individu yang lain dengan tidak mengharapkan balasan.

1.2 PENGERTIAN BAHASA

  • Bahasa adalah sistem lambang bunyi atau simbol yang digunakan untuk berkomunikasi dalam kalangan sesebuah masyarakat.
  • Bahasa adalah alat untuk berinteraksi atau berkomunikasi bagi menyampaikan pemikiran, gagasan, konsep atau perasaan seseorang tersebut.

1.3 PENGERTIAN BUDI BAHASA
  • Budi bahasa merujuk kepada tutur kata dan kelakuan yang bersopan santun serta berhemah tinggi semasa berinteraksi dengan orang lain.
  • contohnya :
           a) Menghormati orang yang lebih tua.
           b) Memberi salam sebagai pembuka kata.
           c) Membantu orang yang memerlukan pertolongan.
           d) Mengucapkan terima kasih kepada orang yang membantu kita.
           e) Meminta maaf apabila bersalah.

1.4 CIRI-CIRI ORANG BERBUDI BAHASA
  • Bertimbang rasa
- perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.
  • Bertoleransi
- sikap yang dapat menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain.
  • Bertolak ansur
- sikap yang tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata.
  • Bersopan santun
- tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.
  • Beramah mesra
- mesra dan memberi senyuman
- penyabar dan tidak emosional
- mudah diajak berunding
  • Tidak mementingkan diri sendiri
- selalu tolong menolong antara satu sama lain
- memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan


1.5 BUDI BAHASA MASYARAKAT MALAYSIA


Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia?
  • Mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain
  • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mencapai persefahaman.
  • Meningkatkan imej seseorang atau negara.
  • Merapatkan hubungan sosial dengan orang lain.
  • Memastikan keharmonian hidup masyarakat

Bagaimana untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia?
  • Diri sendiri perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk berbudi bahasa.
  • Ibu bapa perlu mengambil sikap bersungguh-sungguh apabila memberi didikan kepada anak-anak.
  • Ibu bapa juga harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak dengan menjadi teladan kepada anak-anak.
  • Masyarakat harus mempunyai keupayaan untuk menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah.
  • Ibu bapa dan guru-guru sepatutnya berganding bahu dengan masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak dan murid-murid.
  • Para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, bertegur sapa, sedia memohon maaf, membiasakan diri memberi salam atau ucap selamat dan bantu-membantu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  • Syarikat pengangkutan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam.
  • Warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan pelajar.
  • Mengadakan Kempen Budi Bahasa




Saturday, 16 August 2014

PENGENALAN DIRI

ASSALAMUALAIKUM!!!

Nama diberi Siti Nor Aziah Binti Abdul Rahman dan Nur Aifaa Binti Mohd Ashri. Kami merupakan pelajar PPISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Opsyen kami ialah Pendidikan Muzik. 
Blog ini adalah khusus untuk subjek Kesantunan Masyarakat  Malaysia.

Di dalam blog ini kami berdua akan mengupas mengenai topik-topik yang akan dipelajari di dalam subjek ini.
Subjek ini mempunyai 6 topik iaitu:-
  1. KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
  2. KESANTUNAN BAHASA
  3. BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN 
  4. PERATURAN BERBAHASA
  5. STRATEGI KESANTUNAN
  6. ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA