1.1 PENGERTIAN BUDI
1.2 PENGERTIAN BAHASA
- Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002 (m/s 180) : Budi didefinisikan sebagai tingkah laku, perangai, akhlak, dan watak yang baik.
- Budi merupakan perbuatan yang baik kepada orang lain yang berada dalam kesusahan dengan hati yang ikhlas dan dengan penuh kerelaan serta berdedikasi.
- Perkataan budi itu membawa pelbagai maksud iaitu jasa dan sumbangan dari segi tenaga atau material yang diberikan kepada individu yang lain dengan tidak mengharapkan balasan.
1.2 PENGERTIAN BAHASA
- Bahasa adalah sistem lambang bunyi atau simbol yang digunakan untuk berkomunikasi dalam kalangan sesebuah masyarakat.
- Bahasa adalah alat untuk berinteraksi atau berkomunikasi bagi menyampaikan pemikiran, gagasan, konsep atau perasaan seseorang tersebut.
1.3 PENGERTIAN BUDI BAHASA
- Budi bahasa merujuk kepada tutur kata dan kelakuan yang bersopan santun serta berhemah tinggi semasa berinteraksi dengan orang lain.
- contohnya :
b) Memberi salam sebagai pembuka kata.
c) Membantu orang yang memerlukan pertolongan.
d) Mengucapkan terima kasih kepada orang yang membantu kita.
e) Meminta maaf apabila bersalah.
1.4 CIRI-CIRI ORANG BERBUDI BAHASA
- Bertimbang rasa
- Bertoleransi
- Bertolak ansur
- Bersopan santun
- Beramah mesra
- penyabar dan tidak emosional
- mudah diajak berunding
- Tidak mementingkan diri sendiri
- memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan
1.5 BUDI BAHASA MASYARAKAT MALAYSIA
Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia?
- Mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain
- Mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mencapai persefahaman.
- Meningkatkan imej seseorang atau negara.
- Merapatkan hubungan sosial dengan orang lain.
- Memastikan keharmonian hidup masyarakat
Bagaimana untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia?
- Diri sendiri perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk berbudi bahasa.
- Ibu bapa perlu mengambil sikap bersungguh-sungguh apabila memberi didikan kepada anak-anak.
- Ibu bapa juga harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak dengan menjadi teladan kepada anak-anak.
- Masyarakat harus mempunyai keupayaan untuk menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah.
- Ibu bapa dan guru-guru sepatutnya berganding bahu dengan masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak dan murid-murid.
- Para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, bertegur sapa, sedia memohon maaf, membiasakan diri memberi salam atau ucap selamat dan bantu-membantu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
- Syarikat pengangkutan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam.
- Warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan pelajar.
- Mengadakan Kempen Budi Bahasa
No comments:
Post a Comment