Pelajar Guru

Pelajar Guru

Sunday, 19 October 2014

Isu Gejala Sosial


Gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu) atau petanda. Menurut kamus, padanan yang kerap diberikan kepada perkataan gejala ialah petanda yang membawa kepada berlakunya masalah.  Sosial pula merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Gejala sosial ialah tanda-tanda tentang perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti pada masa lapang.
Antara punca-punca gejala sosial ialah pengaruh media massa. Masyarakat mudah terdedah kepada banyak maklumat yang bukannya semua maklumat itu berunsur positif remaja yang bernaluri belum matang mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Selain itu adalah pengaruh internet. Remaja mudah mengakses internet, oleh itu remaja mudah terdedah kepada maklumat yang menjurus ke arah pemikiran negatif. Tambahan lagi, pengaruh rakan sebaya. Ianya berlaku disebabkan ibu bapa sibuk dengan urusan kerja masing-masing dengan itu remaja lebih mesra dengan rakan mereka dan lebih mempercayai rakan berbanding dengan ahli keluarga atau ibu bapa dan juga remaja mudah terikut-ikut dengan tindakan rakan sebaya.
Isu gejala sosial ini banyak berlaku di kalangan remaja yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun. Antara contoh gejala sosial yang sering dilakukan adalah Pergaulan Bebas, Penyalahgunaan Dadah, Ponteng Sekolah, Pembuangan Bayi, Vandalisme, Melepak Dan Gengsterisme.
Isu gejala sosial ini banyak memberi kesan kepada Negara dan juga masyarakat. Antara kesan pada masyarakat ialah suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram. Tambahan lagi, perpaduan antara kaum akan semakin pupus. Pembangunan dan kemajuan masyarakat juga akan terjejas. Selain itu, kesan pada Negara adalah Negara akan kehilangan generasi dan pemimpin pada masa hadapan. Tambahan lagi pembangunan negara akan terbantut dan juga keadaan ekonomi negara sukar untuk berkembang maju. Dari sudut lain pula, kadar jenayah dalam Negara akan meningkat dan perbelanjaan kerajaan meningkat kerana bertambahnya kos nyata di Negara.


Isu gejala sosial ini dapat diatasi dengan cara ibu bapa harus memberikan didikan agama sejak kecil lagi membolehkan mereka membezakan betul atau salah sesuatu perkara. Selain itu, guru hendaklah bertindak sebagai kawan kepada remaja bagi berkongsi masalah pelajar. Tambahan lagi, pihak berkuasa haruslah kerap  mengadakan kempen bagi menyedarkan para remaja tentang keburukan terlibat dalam gejala sosial.

Pendapat saya bagi isu ini adalah kita sebagai remaja seharusnya berfikiran matang untuk melakukan sesuatu perkara. Perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan juga perlu mendalami ilmu-ilmu agama bagi menjalani hari-hari yang mendatang.

No comments:

Post a Comment