ISU
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Pemerolehan, penyimpanan,
pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan
telekomunikasi. Senn menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi
tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna. Gabungan ketiga-tiga
komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih
produktif, berkesan dan berjaya.
Faktor berlakunya isu ini
adalah kerana para remaja tidak menghormati orang tua. Mereka tidak memanggil
orang tua dengan gelarannya. Hal ini mungkin disebabkan oleh terlalu terdedah
dengan drama-drama Inggeris dan tayangan di televisyen terbitan orang barat.
Dalam konteks ini , teknologi maklumat memainkan peranan yang penting
mempengaruhi orang ramai melupakan budaya sendiri.
Generasi masyarakat pada
hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk komunikasi. Perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi menyumbang kepada penggunaan perkataan
singkatan dengan meluas sebagai contoh penggunaan ‘’aq’’ disamping ‘’aku’’.
Penggunaan ‘’cyg’’ disamping ‘’ sayang’’. Hal ini banyak mempengaruhi penulisan
dalam urusan rasmi.
Kesan kepada masyarakat
adalah kewujudan internet yang akibat daripada perkembangan teknologi maklumat
telah menyebabkan bahan pornografi tersebar dengan cepat. Selain internet,
amalan menonton video lucah dalam kalangan belia juga didorongi oleh
filem-filem dan program-program televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah
atau erotik. Selain itu, masyarakat sering menyalahgunakan teknologi sebagai
satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan kerja kursus mereka
dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang
lain melalui internet. Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah
ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu
tugas dengan hasilnya sendiri. Pada Negara pula, ianya akan mengalami pelbagai
jenis jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas
program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas
sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat
kaya, pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam. Untuk mengenalpastikadar jenayah siber di
Malaysia, Berita Harian Online (22 May 2012) telah melaporkan bahawa kadar
jenayah siber telah meningkat sehingga 88 peratus pada tahun 2011 berbanding
dengan pada tahun yang sebelumnya yang hanya mencatat 8090 kes jenayah siber.
Langkah mengatasinya
adalah dengan cara mempraktikkan gaya pertuturan atau perbualan yang sopan dan
teratur. Selain itu, ibu bapa perlu tegas dalam mendidik anak-anak mereka. Hal
ini demikian agar generasi muda ini alpa dengan disiplin dan pertuturan bahasa
yang sopan tidak kira di mana mereka
berada terutama ketika menggunakan laman sosial.
Pendapat saya mengenai isu
ini ialah sebagai pihak sekolah kita hendaklah berperanan sebagai guru yang
bijak dengan memantau para pelajar dari segi tingkah laku mereka, malahan
peradaban mereka terutama sekali dari segi pertuturan yang diucapkan semasa
mereka berada di luar mahupun di dalam sekolah.
No comments:
Post a Comment