Pelajar Guru

Pelajar Guru

Tuesday, 16 September 2014

BAB 2 : KESANTUNAN BERBAHASA

2.1 KONSEP KESANTUNAN

  • Kesantunan menurut Kamus Dewan (1984), halaman 1115 bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. Apabila seseorang itu berbahasa dengan santun penggunaan bahasa adalah halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan, serta berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses komunikasi.

  • Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam masyarakat. Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etika dalam pergaulan sehari-hari.
Antara aspek-aspek konsep kesantunan :

  1. Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus.
  2. Kesantunan sangat kontekstual.
  3. Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak.
  4. Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan.

2.2 TAKRIFAN KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

1. Menurut Asmah Haji Omar (2000):

  • Kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
  • Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu.
  • Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat.
  • Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
  • Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
  • Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
  • Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
  • Beliau telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu:
 a) Kesantunan asas  
- Kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
- Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Hal ini kerana, dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.

b) Kesantunan berkala
- Merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu.
- Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
- Misalnya, rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dan lain-lain.
- Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu.

2. Menurut Leech (1983)

  • Menginterprestasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi iaitu bahasa mesti halus, beradab sopan, perlakuan yang lembah-lembut serta berbudi pekerti.

3. Menurut J. Ferguson dan Das Gupta (1968)

  • Kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
  • Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat.
  • Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat.
  • Biasanya mengamalkan budaya yang sama.
  • Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.

4. Menurut Nabi Muhammad S.A.W

  • " Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam."
  • " Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara. "
  • " Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat, dan berkata-kata keji. "
  • " Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya, dan jika diberi amanah ia khianati. "
  • " Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling benci-membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. "
  • " Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik. "

5. Menurut Hamka

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya.

6. Menurut Aristotle

  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

7. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan

  • Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.

2.3 PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN

1. Air Muka Dalam Komunikasi Silang Budaya

  • Air muka boleh diterjemahkan sebagai lambang kepada perasaan dalaman seseorang yang diluahkan dalam bentuk mimik muka.
  • Tidak semua air muka dapat dibaca oleh individu lain tetapi kebanyakan air muka yang ditonjolkan adalah sama sekali memaparkan perasaan dalaman seseorang yang tidak terluahkan.
  • Hal ini demikian kerana berikutan beberapa faktor iaitu keadaan dan situasi yang berlaku dalam kalangan persekitarannya menyebabkan individu terbabit sukar untuk menterjemahkan melalui lisan.

2. Contoh-contoh Air Muka


Gambar 1 : Lukisan kartun yang menunjukkan pelbagai mimik muka.

Gambar 2 : Gambaran menyapa dengan orang lain.


3. Komunikasi Silang Budaya

  • Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai seperti bangsa, ras, etnik, jantina bahasa, agama, tingkat pendidikan, dan status sosial.
  • Air muka memainkan peranan yang penting dalam komunikasi terutamanya komunikasi silang budaya.
  • Perlambangan orang yang sedang berinteraksi boleh jadi negatif atau positif berdasarkan mimik muka atau air muka yang kita tonjolkan.
  • Oleh itu, kita mesti berhati-hati semasa berkomunikasi dengan orang lain tanpa mengira bangsa, ras, etnik, jantina bahasa, agama, tingkat pendidikan, dan status sosial dengan menggunakan air muka yang bersesuaian dengan kesantunan terutamanya dalam Negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.
  • Sebagai contohnya, kita mestilah menunjukkan muka yang bersenyuman apabila kita berkomunikasi dengan orang lain dan juga semasa bertegur sapa dengan orang lain.

4. Risiko Dalam Komunikasi Air Muka

  • Ketidaksesuaian air muka akan menigkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham.
  • Salah faham akan menyebabkan proses komunikasi tidak daapat dijalankan dengan lancar.
  • Bagi Negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, salah faham merupakan tembok yang menghalang perpaduan antara kaum.


2.4 KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

1. Budaya atau Kebudayaan

  • Daripada bahasa sanskrit - "buddayah" yang membincangkan hal-hal berkaitan dengan budi dan akal manusia.

2. Pendapat Tokoh Tentang Budaya

  • Menurut Melville J. Herskovits, budaya ialah segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. 
  • Budaya juga merupakan sesuatu yang diperuntukkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau ( atau ringkasnya superganik ).

3. Rene Char Kebudayaan

  • Warisan kita yang diturunkan tanpa surat wasiat.
  • Kebudayaan meliputi semua aspek kehidupan kita setiap hari, terutama pandangan hidup.
  • Apapun bentuknya mahupun baik itu mitos maupun sistem nilai dalam masyarakat Levo Hendriksson.

4. Definisi

  • Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
  • Kesantunan dianggap sebagai usaha kurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar ( Brown & Levinson, 1987 ).
  • Kesantunan dapat menilaikan seseorang dengan kesantunan mereka.
  • Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam masyarakat masing-masing.

5. Kesantunan Merentas Budaya
  • Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.
  • Konsep kesantunan merentasi pelbagai budaya.
  • Pemahaman tentang apa yang dikatakan santun dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan.

6. Contoh Kesantunan Merentas Budaya
  • CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka.
  • Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn bhd bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn Bhd.
  • Lembaga mesyuarat terdiri daripada orang Malaysia, Orang Jepun, Orang Kanada dan Orang UK.
  • Segala komunikasi terjadi ini akan lebih toleransi serta akan mencapai matlamat yang maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat.

7. Kesantunan Dalam Masyarakat Melayu, India, dan Cina

a) Budi Bahasa
  • Kesopanan dan kesantunan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara terutama berkaitan dengan bahasa pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan.
  • Antara aspek kesantunan merentas budaya ialah perbuatan mulia dan baik kepada orang lain, membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya.
  • Semua pertolongan yang dilakukan haruslah dilakukan dengan hati yang ikhlas. 
b) Cara Makan
  • Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dahulu.
  • Orang tua makan dahulu.
  • Tidak membazirkan makanan.
  • Tidak bercakap apabila makanan masih ada di dalam mulut.
  • Sentiasa gunakan tangan kanan untuk mengambil makanan.
  • Tidak gelojoh apabila makan.
c) Cara Bergaul
  • Patuh kepada arahan orang tua.
  • Tidak menyampuk apabila mereka bercakap.
  • Tidak meninggikan suara terhadap orang yang lebih tua.
  • Tidak menggunakan perkataan yang kurang sopan apabila bercakap dengan mereka.
  • Sentiasa bersedia menolong mereka.
  • Menghormati pendapat mereka.
  • Mendengar nasihat mereka.
d) Cara Melayan Tetamu
  • Menyambut tetamu dengan ramah mesra.
  • Menghormati tetamu tidak mengira usia.
  • Jaga tutur kata supaya tidak meyinggung perasaan.
  • Sentiasa menyambut tetamu dengan muka yang manis.
  • Berbual bertanya khabar tentang diri dan keluarganya.
  • Bercakap dengan sopan santun.
  • Bercakap dengan penuh hormat.
  • Tidak menyakiti perasaan mereka.
  • Beradab sopan seperti berlemah lembut dan bergaul mesra.
e) Cara Berpakaian
  • Berpakaian secara sopan.
  • Berpakaian yang sesuai dengan keadaan.
  • Contoh : Berpakaian rasmi untuk tempat atau majlis rasmi.
  • Tidak berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza.
f) Menghormati Tempat Ibadat
  • Berinteraksi secara sopan semasa berada di tempat ibadat.
  • Tidak menganggu individu yang sedang beribadat.
  • Menghormati tempat ibadat kerana kita perlu mematuhi dan menghormati tempat ibadat disebabkan hal ini merupakan tuntutan setiap agama.
g) Cara Berkomunikasi
  • Bahasa dan perkataan yang digunakan perlu sesuai dengan situasi.
  • Memahami pendapat yang berbeza dan belajar menerimanya.
  • Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk, dan tidak sombong apabila berkomunikasi dengan orang lain.
  • Menerima atau menghormati pendapat, fikiran, dan kepercayaan orang lain.

2 comments: