Pelajar Guru

Pelajar Guru

Tuesday, 23 September 2014

REFLEKSI ( KERTAS KERJA ) NUR AIFAA BT MOHD ASHRI




Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya Nur Aifaa telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Zulkafly Mohd Noor bagi subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia 1 MU 2014. Menerusi tugasan ini, saya perlu menulis esei mengenai isu-isu kesantunan masyarakat Malaysia dan juga pembinaan blog yang berkaitan Kesantunan Masyarakat Malaysia. Tugasan esei ini adalah secara individu. Fokus perbincangan saya meliputi pelbagai kaum di Malaysia. Pembinaan Blog pula dilakukan secara kumpulan. Rakan kumpulan saya ialah Siti Noor Aziah. Tajuk blog kami ialah Story Of IPG Student.
Subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia ini sangat membantu saya dan rakan-rakan untuk mengajar kelak. Ilmu pengetahuan yang saya dapat banyak membantu dalam tugasan yang diberikan kepada saya. Sementara itu, ilmu yang diberikan juga dapat menambahkan pengetahuan saya dalam merancang pengajaran saya di sekolah nanti. Subjek kesantunan ini sangat mudah difahamin. Ianya sering berlaku dalam kehidupan kita seharian dari segi kesantunan dalam percakapan, dalam pergaulan dan dalam kerja kita seharian. Encik Zulkafly  banyak membantu saya dalam tunjuk ajar bagaimana untuk merancang pengajaran kelak.
Dengan menyiapkan tugasan pertama saya ini, saya boleh menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam isu kesantunan ini. Tugasan saya ini banyak mengajar saya tentang kehidupan di dunia.
Subjek kesantunan masyarakat ini sangat membantu saya dan rakan-rakan untuk mengajar bila mengajar di sekolah nanti kerana jika kita berdepan dengan ramai manusia kita perlu ada ilmu pengetahuan yang tinggi untuk membahaskan suatu perkara. Ilmu pengetahuan yang saya dapat banyak membantu dalam tugasan yang diberikan kepada saya. Tidak kiralah dari mana-mana subjek sekalipun. Begitu banyak isu-isu yang berkaitan dengan kesantunan. Sebelum mendapat tugasan ini, saya tidak begitu memahami tentang kesantunan ini. Tetapi setelah melaksanakan tugasan ini, ia membuka minda saya tentang kajian ini. Manakala dalam membina blog ini, saya dan rakan saya belajar cara menghasilkan kerja yang kreatif untuk kebaikkan bersama. Saya dapat berkongsi dengan semua pengguna internet ini dengan mudah, kerana dunia sekarang begitu pesat dengan teknologi.

Pengajaran saya ialah setiap tugasan yang diberikan mestilah dilaksanakan awal dan perlu betul-betul memahami tugasan yang diberi supaya tidak terburu-buru. Kata-kata ini perlu saya pegang sepanjang hidup saya kerana tugasan ini saya siapkan di hujung tarikh hantar kerana berlaku salah faham terhadap soalan.
Kesimpulannya, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang saya perolehi dapat membantu saya untuk mengubah cara pembelajaran dalam bidang ini. Semua tugasan ini saya dan rakan saya sudah pun menjayakannya dengan usaha gigih dan semangat daripada Encik Zulkafly. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya ini kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Terima Kasih.




Sunday, 21 September 2014

BAB 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

3.1 PENDAHULUAN


  • " Yang Kurik itu kendi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. "
  • Menurut Amat Juhari Moin (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. 
  • Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun, dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

3.2 KESANTUNAN VERBAL
  • Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab.
  • Dikenali sebagai kesantunan berbahasa.
  • Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
  • Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.
  • Misalnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handal atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
              - "Apa khabar? Lama kita tidak berjumpa.
              - "Assalamualaikum.
              - "Terima kasih. Sila duduk.
  • Semasa kita berkomunikasi, komponen-komponen bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan.
  • Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa.
  • Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul.
  • Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk, dan golongan kata.
  • Sematik berkaitan dengan makna kata atau ayat.
Aspek-aspek Kesantunan Verbal
  1. Cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
  2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
  3. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.
  4. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
  5. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat, dan ganti nama.
  6. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
  7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
  8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
  9. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
  10. Contoh 1 : Pak cik - digunakan untuk orang lelaki yang amat sebaya dengan ayah semdiri.
  11. Contoh 2 : Mak cik - digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri.
  12. Contoh 3 : Tok - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri.
  13. Contoh 4 : Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya.
  14. Contoh 5 : Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
  15. Contoh 6 : Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada diri sendiri.
  16. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada : panggilan kekeluargaan pertalian darah dan gabungan nama kekeluargaan asas.
  17. Gelaran pergaulan tak bersahaja.
  18. Contohnya : Tuan, Encik, Cik, Puan, Saudara, Saudari, dan sebagainya.
  19. Contoh bagi Gelaran warisan ialah : Raja, Pangeran, Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Syed, Syarifah, Raden (Jawa), Daeng (Bugis) dan sebagainya.
  20. Contoh bagi Gelaran Kurniaan ialah : Tun, Puan sri, Pendeta Za'aba dan lain-lain lagi.

3.3 KESANTUNAN NONVERBAL
  • Kesantunan non verbak ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.
  • Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh.
  • Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah :-
  1. Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
  2. Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
  3. Kontradiksi (contrast/regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.
  4. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
  5. Penegasan (accenting/moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.
Aspek-aspek Kesantunan Non Verbal

  • Gerakan Anggota Badan
  1. Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasitanpa lisan mempunyai makna tertentu.
  2. Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
  3. Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti isyarat gerakan tangan, isyarat air muka, dan bahasa tubuh.
  • Gerakan Mata
  1. Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
  2. Contohnya : - Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat. 
                              - Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya.
                              
  • Gerakan Tangan
  1. Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang kebudayaan.
  2. Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
  3. Contohnya : -  Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
  • Mimik Muka
  1. Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
  2. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
  3. Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.
  4. Contohnya : - Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat.

3.4 KESANTUNAN LISAN

  • Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan : 
  • a) Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
  • b) Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.
  • Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
  • Ini bermakna ia dinilai dengan serta-merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga.
  • Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.
  • Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima. 
Aspek-aspek Kesantunan Lisan.

DARI SEGI BAHASA
  • Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan.
  • Suara dan intonasi yang sopan.
  • Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
  • Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
  • Penggunaan sistem panggilan yang betul.
  • Perbincangan yang tidak sensitif.
DARI SEGI BAHASA TUBUH BADAN
  • Gaya percakapan yang sopan.
  • Pandangan mata yang sesuai.
  • Gerak laku yang bertatasusila.
  • Mimik muka yang positif.
  • Hayunan tangan yang sesuai.
  • Imej atau penampilan diri.
KOMUNIKASI SECARA LISAN :
  • Rasmi / formal : mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum.
  • Tidak Rasmi / tidak formal : perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri.
  • Komunikasi lisan secara formal atau tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan, dan gerak laku.
  • Sebagai contoh, untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
  • Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti 'cik' atau 'saudari', 'encik', dan 'saudara'. Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan 'pak cik' atau 'mak cik' kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka 'encik' dan 'puan' lebih wajar dan sesuai digunakan untuk menyapa orang berumur yang kita tidak kenal.
  • Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.
  • Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.
  • Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosialinguistik mahupun pragmatiknya.
  • Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adab sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
3.5 KESANTUNAN PENULISAN
  • Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
  • Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi / formal atau tidak rasmi / tidak formal.
  • Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah :-
  1. Surat kiriman rasmi
  2. Laporan
  3. Kertas kerja
  4. Ucapan rasmi
  5. Pidato
  6. Minit mesyuarat
  • Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat dan sebagainya.
  • Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah :-

  1. Penggunaan kata panggilan yang betul.
  2. Kata sapaan yang betul.
  3. Gaya bahasa yang tepat.
  4. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks.
  5. Isi yang tidak sensitif.

Tuesday, 16 September 2014

BAB 2 : KESANTUNAN BERBAHASA

2.1 KONSEP KESANTUNAN

  • Kesantunan menurut Kamus Dewan (1984), halaman 1115 bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. Apabila seseorang itu berbahasa dengan santun penggunaan bahasa adalah halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan, serta berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses komunikasi.

  • Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam masyarakat. Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etika dalam pergaulan sehari-hari.
Antara aspek-aspek konsep kesantunan :

  1. Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus.
  2. Kesantunan sangat kontekstual.
  3. Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak.
  4. Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan.

2.2 TAKRIFAN KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

1. Menurut Asmah Haji Omar (2000):

  • Kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
  • Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu.
  • Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat.
  • Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
  • Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
  • Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
  • Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
  • Beliau telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu:
 a) Kesantunan asas  
- Kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
- Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Hal ini kerana, dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.

b) Kesantunan berkala
- Merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu.
- Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
- Misalnya, rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dan lain-lain.
- Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu.

2. Menurut Leech (1983)

  • Menginterprestasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi iaitu bahasa mesti halus, beradab sopan, perlakuan yang lembah-lembut serta berbudi pekerti.

3. Menurut J. Ferguson dan Das Gupta (1968)

  • Kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
  • Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat.
  • Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat.
  • Biasanya mengamalkan budaya yang sama.
  • Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.

4. Menurut Nabi Muhammad S.A.W

  • " Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam."
  • " Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara. "
  • " Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat, dan berkata-kata keji. "
  • " Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya, dan jika diberi amanah ia khianati. "
  • " Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling benci-membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. "
  • " Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik. "

5. Menurut Hamka

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya.

6. Menurut Aristotle

  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

7. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan

  • Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.

2.3 PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN

1. Air Muka Dalam Komunikasi Silang Budaya

  • Air muka boleh diterjemahkan sebagai lambang kepada perasaan dalaman seseorang yang diluahkan dalam bentuk mimik muka.
  • Tidak semua air muka dapat dibaca oleh individu lain tetapi kebanyakan air muka yang ditonjolkan adalah sama sekali memaparkan perasaan dalaman seseorang yang tidak terluahkan.
  • Hal ini demikian kerana berikutan beberapa faktor iaitu keadaan dan situasi yang berlaku dalam kalangan persekitarannya menyebabkan individu terbabit sukar untuk menterjemahkan melalui lisan.

2. Contoh-contoh Air Muka


Gambar 1 : Lukisan kartun yang menunjukkan pelbagai mimik muka.

Gambar 2 : Gambaran menyapa dengan orang lain.


3. Komunikasi Silang Budaya

  • Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai seperti bangsa, ras, etnik, jantina bahasa, agama, tingkat pendidikan, dan status sosial.
  • Air muka memainkan peranan yang penting dalam komunikasi terutamanya komunikasi silang budaya.
  • Perlambangan orang yang sedang berinteraksi boleh jadi negatif atau positif berdasarkan mimik muka atau air muka yang kita tonjolkan.
  • Oleh itu, kita mesti berhati-hati semasa berkomunikasi dengan orang lain tanpa mengira bangsa, ras, etnik, jantina bahasa, agama, tingkat pendidikan, dan status sosial dengan menggunakan air muka yang bersesuaian dengan kesantunan terutamanya dalam Negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.
  • Sebagai contohnya, kita mestilah menunjukkan muka yang bersenyuman apabila kita berkomunikasi dengan orang lain dan juga semasa bertegur sapa dengan orang lain.

4. Risiko Dalam Komunikasi Air Muka

  • Ketidaksesuaian air muka akan menigkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham.
  • Salah faham akan menyebabkan proses komunikasi tidak daapat dijalankan dengan lancar.
  • Bagi Negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, salah faham merupakan tembok yang menghalang perpaduan antara kaum.


2.4 KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

1. Budaya atau Kebudayaan

  • Daripada bahasa sanskrit - "buddayah" yang membincangkan hal-hal berkaitan dengan budi dan akal manusia.

2. Pendapat Tokoh Tentang Budaya

  • Menurut Melville J. Herskovits, budaya ialah segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. 
  • Budaya juga merupakan sesuatu yang diperuntukkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau ( atau ringkasnya superganik ).

3. Rene Char Kebudayaan

  • Warisan kita yang diturunkan tanpa surat wasiat.
  • Kebudayaan meliputi semua aspek kehidupan kita setiap hari, terutama pandangan hidup.
  • Apapun bentuknya mahupun baik itu mitos maupun sistem nilai dalam masyarakat Levo Hendriksson.

4. Definisi

  • Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
  • Kesantunan dianggap sebagai usaha kurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar ( Brown & Levinson, 1987 ).
  • Kesantunan dapat menilaikan seseorang dengan kesantunan mereka.
  • Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam masyarakat masing-masing.

5. Kesantunan Merentas Budaya
  • Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.
  • Konsep kesantunan merentasi pelbagai budaya.
  • Pemahaman tentang apa yang dikatakan santun dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan.

6. Contoh Kesantunan Merentas Budaya
  • CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka.
  • Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn bhd bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn Bhd.
  • Lembaga mesyuarat terdiri daripada orang Malaysia, Orang Jepun, Orang Kanada dan Orang UK.
  • Segala komunikasi terjadi ini akan lebih toleransi serta akan mencapai matlamat yang maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat.

7. Kesantunan Dalam Masyarakat Melayu, India, dan Cina

a) Budi Bahasa
  • Kesopanan dan kesantunan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara terutama berkaitan dengan bahasa pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan.
  • Antara aspek kesantunan merentas budaya ialah perbuatan mulia dan baik kepada orang lain, membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya.
  • Semua pertolongan yang dilakukan haruslah dilakukan dengan hati yang ikhlas. 
b) Cara Makan
  • Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dahulu.
  • Orang tua makan dahulu.
  • Tidak membazirkan makanan.
  • Tidak bercakap apabila makanan masih ada di dalam mulut.
  • Sentiasa gunakan tangan kanan untuk mengambil makanan.
  • Tidak gelojoh apabila makan.
c) Cara Bergaul
  • Patuh kepada arahan orang tua.
  • Tidak menyampuk apabila mereka bercakap.
  • Tidak meninggikan suara terhadap orang yang lebih tua.
  • Tidak menggunakan perkataan yang kurang sopan apabila bercakap dengan mereka.
  • Sentiasa bersedia menolong mereka.
  • Menghormati pendapat mereka.
  • Mendengar nasihat mereka.
d) Cara Melayan Tetamu
  • Menyambut tetamu dengan ramah mesra.
  • Menghormati tetamu tidak mengira usia.
  • Jaga tutur kata supaya tidak meyinggung perasaan.
  • Sentiasa menyambut tetamu dengan muka yang manis.
  • Berbual bertanya khabar tentang diri dan keluarganya.
  • Bercakap dengan sopan santun.
  • Bercakap dengan penuh hormat.
  • Tidak menyakiti perasaan mereka.
  • Beradab sopan seperti berlemah lembut dan bergaul mesra.
e) Cara Berpakaian
  • Berpakaian secara sopan.
  • Berpakaian yang sesuai dengan keadaan.
  • Contoh : Berpakaian rasmi untuk tempat atau majlis rasmi.
  • Tidak berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza.
f) Menghormati Tempat Ibadat
  • Berinteraksi secara sopan semasa berada di tempat ibadat.
  • Tidak menganggu individu yang sedang beribadat.
  • Menghormati tempat ibadat kerana kita perlu mematuhi dan menghormati tempat ibadat disebabkan hal ini merupakan tuntutan setiap agama.
g) Cara Berkomunikasi
  • Bahasa dan perkataan yang digunakan perlu sesuai dengan situasi.
  • Memahami pendapat yang berbeza dan belajar menerimanya.
  • Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk, dan tidak sombong apabila berkomunikasi dengan orang lain.
  • Menerima atau menghormati pendapat, fikiran, dan kepercayaan orang lain.