Pelajar Guru

Pelajar Guru

Tuesday, 23 September 2014

REFLEKSI ( KERTAS KERJA ) NUR AIFAA BT MOHD ASHRI




Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya Nur Aifaa telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Zulkafly Mohd Noor bagi subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia 1 MU 2014. Menerusi tugasan ini, saya perlu menulis esei mengenai isu-isu kesantunan masyarakat Malaysia dan juga pembinaan blog yang berkaitan Kesantunan Masyarakat Malaysia. Tugasan esei ini adalah secara individu. Fokus perbincangan saya meliputi pelbagai kaum di Malaysia. Pembinaan Blog pula dilakukan secara kumpulan. Rakan kumpulan saya ialah Siti Noor Aziah. Tajuk blog kami ialah Story Of IPG Student.
Subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia ini sangat membantu saya dan rakan-rakan untuk mengajar kelak. Ilmu pengetahuan yang saya dapat banyak membantu dalam tugasan yang diberikan kepada saya. Sementara itu, ilmu yang diberikan juga dapat menambahkan pengetahuan saya dalam merancang pengajaran saya di sekolah nanti. Subjek kesantunan ini sangat mudah difahamin. Ianya sering berlaku dalam kehidupan kita seharian dari segi kesantunan dalam percakapan, dalam pergaulan dan dalam kerja kita seharian. Encik Zulkafly  banyak membantu saya dalam tunjuk ajar bagaimana untuk merancang pengajaran kelak.
Dengan menyiapkan tugasan pertama saya ini, saya boleh menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam isu kesantunan ini. Tugasan saya ini banyak mengajar saya tentang kehidupan di dunia.
Subjek kesantunan masyarakat ini sangat membantu saya dan rakan-rakan untuk mengajar bila mengajar di sekolah nanti kerana jika kita berdepan dengan ramai manusia kita perlu ada ilmu pengetahuan yang tinggi untuk membahaskan suatu perkara. Ilmu pengetahuan yang saya dapat banyak membantu dalam tugasan yang diberikan kepada saya. Tidak kiralah dari mana-mana subjek sekalipun. Begitu banyak isu-isu yang berkaitan dengan kesantunan. Sebelum mendapat tugasan ini, saya tidak begitu memahami tentang kesantunan ini. Tetapi setelah melaksanakan tugasan ini, ia membuka minda saya tentang kajian ini. Manakala dalam membina blog ini, saya dan rakan saya belajar cara menghasilkan kerja yang kreatif untuk kebaikkan bersama. Saya dapat berkongsi dengan semua pengguna internet ini dengan mudah, kerana dunia sekarang begitu pesat dengan teknologi.

Pengajaran saya ialah setiap tugasan yang diberikan mestilah dilaksanakan awal dan perlu betul-betul memahami tugasan yang diberi supaya tidak terburu-buru. Kata-kata ini perlu saya pegang sepanjang hidup saya kerana tugasan ini saya siapkan di hujung tarikh hantar kerana berlaku salah faham terhadap soalan.
Kesimpulannya, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang saya perolehi dapat membantu saya untuk mengubah cara pembelajaran dalam bidang ini. Semua tugasan ini saya dan rakan saya sudah pun menjayakannya dengan usaha gigih dan semangat daripada Encik Zulkafly. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya ini kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Terima Kasih.




No comments:

Post a Comment