- " Yang Kurik itu kendi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. "
- Menurut Amat Juhari Moin (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
- Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun, dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.
3.2 KESANTUNAN VERBAL
- Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab.
- Dikenali sebagai kesantunan berbahasa.
- Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
- Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.
- Misalnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handal atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
- "Apa khabar? Lama kita tidak berjumpa.
- "Assalamualaikum.
- "Terima kasih. Sila duduk.
- Semasa kita berkomunikasi, komponen-komponen bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan.
- Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa.
- Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul.
- Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk, dan golongan kata.
- Sematik berkaitan dengan makna kata atau ayat.
Aspek-aspek Kesantunan Verbal
- Cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
- Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
- Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.
- Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
- Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat, dan ganti nama.
- Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
- Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
- Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
- Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
- Contoh 1 : Pak cik - digunakan untuk orang lelaki yang amat sebaya dengan ayah semdiri.
- Contoh 2 : Mak cik - digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri.
- Contoh 3 : Tok - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri.
- Contoh 4 : Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya.
- Contoh 5 : Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
- Contoh 6 : Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada diri sendiri.
- Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada : panggilan kekeluargaan pertalian darah dan gabungan nama kekeluargaan asas.
- Gelaran pergaulan tak bersahaja.
- Contohnya : Tuan, Encik, Cik, Puan, Saudara, Saudari, dan sebagainya.
- Contoh bagi Gelaran warisan ialah : Raja, Pangeran, Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Syed, Syarifah, Raden (Jawa), Daeng (Bugis) dan sebagainya.
- Contoh bagi Gelaran Kurniaan ialah : Tun, Puan sri, Pendeta Za'aba dan lain-lain lagi.
3.3 KESANTUNAN NONVERBAL
- Kesantunan non verbak ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.
- Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh.
- Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah :-
- Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
- Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
- Kontradiksi (contrast/regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.
- Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
- Penegasan (accenting/moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.
Aspek-aspek Kesantunan Non Verbal
- Gerakan Anggota Badan
- Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasitanpa lisan mempunyai makna tertentu.
- Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
- Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti isyarat gerakan tangan, isyarat air muka, dan bahasa tubuh.
- Gerakan Mata
- Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
- Contohnya : - Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat.
- Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya.
- Gerakan Tangan
- Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang kebudayaan.
- Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
- Contohnya : - Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
- Mimik Muka
- Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
- Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
- Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.
- Contohnya : - Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat.
3.4 KESANTUNAN LISAN
- Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan :
- a) Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
- b) Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.
- Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
- Ini bermakna ia dinilai dengan serta-merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga.
- Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.
- Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima.
Aspek-aspek Kesantunan Lisan.
DARI SEGI BAHASA
- Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan.
- Suara dan intonasi yang sopan.
- Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
- Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
- Penggunaan sistem panggilan yang betul.
- Perbincangan yang tidak sensitif.
DARI SEGI BAHASA TUBUH BADAN
- Gaya percakapan yang sopan.
- Pandangan mata yang sesuai.
- Gerak laku yang bertatasusila.
- Mimik muka yang positif.
- Hayunan tangan yang sesuai.
- Imej atau penampilan diri.
KOMUNIKASI SECARA LISAN :
- Rasmi / formal : mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum.
- Tidak Rasmi / tidak formal : perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri.
- Komunikasi lisan secara formal atau tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan, dan gerak laku.
- Sebagai contoh, untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
- Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti 'cik' atau 'saudari', 'encik', dan 'saudara'. Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan 'pak cik' atau 'mak cik' kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka 'encik' dan 'puan' lebih wajar dan sesuai digunakan untuk menyapa orang berumur yang kita tidak kenal.
- Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.
- Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.
- Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosialinguistik mahupun pragmatiknya.
- Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adab sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
3.5 KESANTUNAN PENULISAN
- Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
- Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi / formal atau tidak rasmi / tidak formal.
- Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah :-
- Surat kiriman rasmi
- Laporan
- Kertas kerja
- Ucapan rasmi
- Pidato
- Minit mesyuarat
- Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat dan sebagainya.
- Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah :-
- Penggunaan kata panggilan yang betul.
- Kata sapaan yang betul.
- Gaya bahasa yang tepat.
- Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks.
- Isi yang tidak sensitif.
No comments:
Post a Comment