1. ISU
VANDALISME
Maksud Vandalisme
v Vandalisme
merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan atau merosakkan harta benda awam
dan harta benda orang lain. Pada lazimnya, vandalism merujuk kepada perbuatan
merosakkan harta benda awam seperti papan tanda, telefon awam, kerusi, dinding
dan juga tandas awam.
Faktor Vandalisme
v Pengaruh
rakan sebaya, Kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibubapa,
Pengaruh media massa, Paparan adegan-adegan negative dari filem-filem atau
rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan kearah vandalisme
Kesan Vandalisme
v Masyarakat
tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Contohnya
telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar. Menjejaskan imej negara. Pihak kerajaan perlu menanggung kerugian
kerana menyelenggarakan dan membaiki kemudahan yang disediakan.
Langkah Mengatasi Masalah Vandalisme
v Peranan
ibubapa dan keluarga ialah memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang kepentingan
menjaga harta benda awam. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkenaan. Peranan media massa dalam menganjurkan kempen
kesedaran. Pihak sekolah perlu memberi nasihat dan bimbingan yang secukupnya kepada
pelajar mengenai kepentingan harta benda awam.
2. ISU
GENGSTERISME
Maksud
v Gengsterisme
boleh dikatakan Gengsterisme bersifat sebagai aktivitivi yang jenayah yang
dijalankan oleh individu atau sekumpulan individu. Aktiviti gengsterisme
termasuklah membuli, mencederakan mangsa, menyamun, memeras ugut dan bergerak
dalam kumpulan serta mempunyai seorang ketua.
Faktor Gengsterisme
v Kekurangan
kasih sayang dan perhatian ibubapa terhadap anak mereka. Pengaruh rakan sebaya.
Pengaruh media massa
Kesan Gengsterisme
v Mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Memberi impak negative kepada para pelajar. Menjejaskan imej sekolah. Menjejaskan
keselamatan dan ketenteraman dalam kalangan masyarakat.
Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme
v Peranan
ibubapa ialah ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap tingkahlaku anaknya
dan selalu memantau aktiviti yang dilakukan oleh anaknya dalam pengaulan
seharian. Perana media massa ialah pihak
media massa sepatutnya berhenti menyiarkan filem yang mengandungi isu negatif
seperti keganasan dan jenayah. Pihak
kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang seperti Akta Pencegahan Jenayah.
No comments:
Post a Comment