Pelajar Guru

Pelajar Guru

Friday, 17 October 2014

KESANTUNAN NON VERBAL

Kesantunan Non Verbal

*      Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.
*       Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh.
*       Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini. 
*       Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. 
*       Bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan non verbal itu.
*       Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan emosional seseorang, seperti: perasaan takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira, dan minat. Melalui ekspresi muka, orang akan mengetahui perasaan kita dengan melihat ekspresi muka kita.
*       Melalui mata pula, kita boleh mengetahui bagaimana sikap seseorang, adakah seseorang itu bersiap sedia untuk berinteraksi, adakah seseorang itu memberi perhatian terhadap penutur atau tidak.
*       Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah :

    • Pengulangan ( repeating ) – mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
    • Penggantian ( substituting) – menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
    • Kontradiksi ( contrast / regulating ) – menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.
    • Pelengkap ( complement ) – melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
    • Penegasan ( accenting / moderating ) – menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.  



Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal  


  • Gerakan Anggota Badan


    • Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
    • Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
    • Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti :
      • Isyarat gerakan tangan
      • Isyarat air muka
      • Bahasa tubuh

  • Gerakan Mata

    • Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
    • Contohnya : 
      • Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat.
      • Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta.
      • Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu / tidak tenteram perasaannya.
      • Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya.

    • Gerakan Tangan
      • Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang kebudayaan.
      • Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
      • Contohnya :
        • Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
        • Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam / tolong senyap.
        • Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
        • Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.

    • Mimik Muka
      • Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
      • Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
      • Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.
      • Contohnya :
        • Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat.
        • Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.
        • Ahli komunikasi yang baik dapat mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya.
        • Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra / positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.

2 comments: