Pelajar Guru

Pelajar Guru

Sunday, 19 October 2014

ISU MEDIA



BAIK BURUK TELEVISYEN
DEFINISI TELEVISYEN
  1.   Medium utama komunikasi
  2.   Alat penyampai maklumat
  3.  Medium hiburan
  4.  Pro dan kontra dibincangkan dalam dalam buku Pemerkasaan Televisyen dalam Mendidik Masyarakat terbitan IKIM

KEBAIKAN TELEVISYEN

  • Memberi pengaruh yang baik kepada pengguna dalam konteks cara permikiran dan kehidupan berbudaya.
  • Mempunyai tanggungjawab social yang besar
  • Mengandungi unsur unsur kemanfaatan
  • Dapat mendidik masyarakat dalam pelbagai ilmu kehidupan
Menurut Pemerkasaan Televisyen dalam Mendidik Masyarakat

  1. Televisyen menggalakkan cara hidup yang seimbang dan luhur
  2. Menyentuh mengenai perkembangan era cabaran berbanding Indonesia
  3. Menyentuh sejauh mana masyarakat prihatin dalam menerapkan nilai agama dalam filem/drama
  4. Kepentingan iklan komersial di negara ini
  5. Menggariskan budaya dangkal yang wujud di negara ini dan peranan televisyen dalam perkembangan modal insan. 
Kesan Buruk Televisyen Terhadap Masyarakat.

       Lapisan masyarakat yang menerima kesan buruk daripada televisyen.
                - Golongan kanak-kanak
                - Golongan remaja
                - Golongan dewasa              

 Kesan Buruk Televisyen Terhadap Golongan Kanak-Kanak

*      Golongan kanak-kanak adalah golongan yang selalu menerima kesan buruk apabila menonton televisyen.
*      Golongan kanak-kanak adalah golongan yang mudah terpengaruh akan sesuatu perkara tanpa memikirkan kesannya.
*      Perkara ini adalah benar kerana menurut Kementerian Kesihatan Malaysia,sesetengah rancangan TV tidak selamat dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Contohnya rancangan berunsur ganas, seram dan lucah.
*      Rancangan ini akan memberi kesan yang buruk terhadap kanak-kanak terutamanya pada pemikiran dan mental mereka.
*      Antara contoh rancangan TV kegemaran kanak-kanak adalah rancangan kartun,rancangan hiburan dan sebagainya.

Antara Kesan Buruk yang Diterima Oleh Kanak-Kanak Apabila Menonton Televisyen

   Antara kesannya adalah :
           - leka menonton rancangan hiburan atau kartun;
      - mengabaikan pelajaran;
      - pemikiran tidak akan berkembang dengan baik;
      - terdedah kepada unsur keganasan seperti adegan tembak-
        menembak,membunuh dan lain-lain;
      - hubungan sosial dipersekitaran menjadi kurang.

Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia Terhadap Ibu Bapa Apabila Anak Mereka Menonton Televisyen

Realiti hari ini, hampir setiap rumah mempunyai TV. Maka, ibu bapa berperanan penting      mengawal tabiat menonton TV anak-anak. Antara tips yang disarankan oleh      
Kementerian Kesihatan Malaysia ialah seperti berikut:

1.Elakkan bayi dan kanak-kanak berusia bawah 2 tahun menonton TV. Sebaliknya              galakkan mereka terlibat dalam aktiviti rangsangan fizikal dan interaksi dua hala.
2.Perhatikan rancangan TV yang ditonton. Jika terdapat unsur yang tidak sesuai, maka      ibu bapa mestilah memberi penjelasan.
3.Tentukan rancangan TV yang boleh dan tidak boleh ditonton.
4.Ibu bapa mestilah konsisten dan tegas terhadap peraturan yang telah ditetapkan               bersama.
5.Galakkan anak anda menonton rancangan TV berunsur pendidikan. Ini dapat memberi     kesan positif terhadap perkembangan anak, termasuklah perkembangan pertuturan         dan bahasa mereka.

Kesan Buruk Televisyen Terhadap Golongan Remaja dan Golongan Dewasa

  • Golongan remaja dan golongan dewasa adalah merupakan golongan  yang majoriti menonton televisyen.
  • Golongan remaja juga merupakan mudah terpengaruh dengan rancangan di televisyen seperti rancangan-rancangan yang mencari bakat dalam dunia seni.
  • Mereka ini sedar bahawa tiada bakat dalam dunia seni tetapi hanya untuk mengejar populariti sahaja.
  • Walaupun golongan dewasa dianggap matang,namun terdapat sesetengannya mudah terpengaruh dengan rancangan yang terdapat di televisyen.
  • Antara contohnya adalah apabila mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang disiarkan di TV  tanpa mengetahui kualiti sesuatu barang tersebut.
Antara Kesan Buruk Menonton Televisyen Terhadap Golongan Remaja dan Golongan Dewasa

Antara kesannya adalah :
    - merosakkan mata apabila menonton terlalu dekat;
    - membazir masa apabila terlalu asyik menonton sehingga
      terlupa urusan penting;
    - sesetengah rancangan yang disiarkan mempunyai imej yang
      seksi dan berunsurkan seks seperti babak cinta,cium dan
      tidur bersama yang tidak sesuai ditonton oleh peringkat
      remaja bawah umur;
    - memberi kesan terhadap nilai-nilai agama(muslim) seperti
      rancangan televisyen yang disiarkan pada waktu solat.  

No comments:

Post a Comment