Pelajar Guru

Pelajar Guru

Sunday, 19 October 2014

BAB 6 : ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA


ISU PENDIDIKAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYnU3FQLTCcRn8s4QdtGq1A_viN-cG_RkmhYI-7QYuWo4BZgyKtcB7Vgj2LbFnPpUg9tKKuJBlSCz_Q_rK5RReKlhnc-cwTeikRkcm-7nIM2mVWXfXr6BJ87VLr_eJQ_dpWF-T7JPKMfE/s1600/images.jpg

Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kes-kes sebegini. Kalau dulu kes pelajar dibuli dan dipukul senior sampai mati, kali ini, kes guru agama pula yang memukul anak muridnya yang berusia hanya 7 tahun sehingga menyebabkan kematian. Mengapa perlu jadi begini? 

Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Arau, Perlis ini, merupakan tragedi yang mengecewakan. Lebih-lebih lagi suspek, adalah merupakan tenaga pengajar sekolah agama. Mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, dikatakan diikat di tingkap sekolah agama berasrama tersebut sebelum dibelasah gurunya yang berusia 26 tahun, atas sebab kesalahan mencuri RM 7.

Pelajar tersebut, yang dibelasah hampir 2 jam pengsan selepas kejadian akibat kecederaan di kepala dan tubuh badan akibat dipukul bertubi-tubi, dan tangisan serta rayuan mangsa tidak diendahkan. Dan yang paling tragis, ini adalah kali kedua mangsa dipukul oleh suspek atas disyaki mencuri.

PANDANGAN 

Tugas-tugas yang harus dilaksanakan oleh seorang guru ialah mendidik generasi dengan cara yang betul,tetapi bukan memberi contoh yang salah kepada masyrakat.
          Tugas-tugas profesion seorang guru adalah untuk meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan, keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak.

          Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya.Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri.

          Usaha membantu ke arah ini seharusnya diberikan dalam rangka pengertian bahawa manusia hidup dalam satu unit organik dalam keseluruhan integralitasnya seperti yang telah digambarkan di atas. Hal ini bererti bahawa tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh dan terpadu. Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berfikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi perbaikan hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di mana dia hidup. 


No comments:

Post a Comment