KESANTUNAN VERBAL
Kesantunan Verbal ialah komunikasi seharian
dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab.
Ianya juga dikenali sebagai kesantunan berbahasa.
Kesantunan berbahasa pula bermaksud kesopanan
dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan. Dari
segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa
ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda
dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat
pembentangan kepada umum dan lain-lain lagi.
Secara amnya, konsep kesantunan berbahasa verbal
merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
Contoh:
Melalui media massa
seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah,
seminar serta sesi ucapan.
Contoh ini menggalakkan agar penutur menggunakan
bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan.
Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa
sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan
tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.
Contoh:
Bertanya khabar terlebih
dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan
sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
Bertanya Khabar
- “Apa khabar? Lama sungguh kita tidak bertemu."
- “Assalamualaikum awk” .
- Contoh lain : Terima kasih, Jemput makan.
- Memberi salam apabila bertemu dengan orang yang lebih tua atau sahabat handal.
Semasa kita berkomunikasi
komponen-komponen bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik,
morfologi, dan sintaksis digunakan. Fonetik dan fonologi berkaitan dengan
penyebutan dan bunyi bahasa. Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara
betul. Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata. Semantik
berkaitan dengan makna kata atau ayat. Kesimpulannya, kesantunan berbahasa
daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan
pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan
terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-
rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada
umum dan lain- lain lagi. Kesantunan verbal juga boleh ditonjolkan melalui
media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan
ceramah, seminar serta sesi ucapan.
Aspek-aspek Kesantunan Verbal
- Bertutur dengan menggunakan bahasa halus.
- Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.
- Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
- Bahasa sapaan lisan / bertulis haruslah digunakan dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau berbudi bahasa.
- Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
- Kesantunan bahasa bukan sahaja merangkumi penggunaan dalam pertuturan tetapi juga dalam bentuk bertulis.
- Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
- Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersinam, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
- Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
- Contoh :
- Pak cik – digunakan untuk orang lelaki yang amat sebaya dengan ayah sendiri.
- Mak cik – digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri.
- Tok – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri.
- Abang – digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya.
- Kakak – digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
- Adik – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri.
- Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada :
- Panggilan kekeluargaan pertalian darah
- Mak Long, Mak Ngah, Mak Lang, Mak Njang, Pak Cik, Pak Su, Mak Su.
- Gabungan nama kekeluargaan asas
- Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik, Kak Cik.
- Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
- Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar
- ( Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua )
- Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contoh : abang ipar, kaki ipar, adik ipar, mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
- Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
- Tuan – digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada sendiri dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
- Encik, Cik – boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada sendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
- Puan – untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada sendiri dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
- Saudara – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan sendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan sendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya.
- Saudari – digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
- Tetuan – hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan ( termasuk syarikat guaman ) seperti : Tetuan Syarikat Sinaran Sdn.Bhd.
- Gelaran warisan
- Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam), Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu)
- Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak), Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (Kedah) dan Tun (Terengganu).
- Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.
- Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
- Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden ( Jawa ), Daeng (Bugis ), Sidi, Sutan ( Minangkabau ), Teuku dan Teungku ( Aceh ).
- Gelaran Kurniaan
- Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk ( Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia ), Datuk ( Datuk Patingi, Datuk Amar ), Datin Paduka ( gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor ), Tok Puan ( isteri kepada datuk di Terengganu ).
- Pendeta Za’aba [ gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).]
- Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
- Kata Panggilan dalam majlis rasmi
No comments:
Post a Comment